Arab Saudi perkenal sistem identiti digital buat jemaah haji

Arab Saudi perkenal sistem identiti digital buat jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memperkenalkan sistem identiti digital kepada jemaah haji yang tiba di negara itu yang menggunakan visa haji tahun ini. 

Sistem pengenalan diri itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Arab Saudi untuk melaksanakan transformasi digital serta memanfaatkan teknologi selaras matlamat Wawasan Saudi 2030.

Teknologi itu dibangunkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Kementerian Haji dan Umrah serta Pihak Berkuasa Data dan Kepintaran Buatan Arab Saudi.

Sistem itu direka khas bagi jemaah haji musim ini yang membolehkan mereka mengesahkan identiti secara elektronik menerusi platform Absher dan Tawakkalna. 

Langkah itu bertujuan memudahkan jemaah menggunakan sistem identiti digital untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan sekaligus memberikan mereka pengalaman terbaik sepanjang berada di tanah suci.  

Ia juga dilancarkan untuk jemaah haji merasai kualiti perkhidmatan terbaik dan mengikuti perkembangan transformasi digital berdasarkan perkhidmatan yang diberikan sepanjang berada di Arab Saudi.

Rabu lalu, pihak kementerian melancarkan setem pasport khas yang mengandungi identiti visual bagi jemaah haji mendapat manfaat daripada Inisiatif Laluan Mekah.

Setem itu akan disediakan melalui ruang istirahat yang ditetapkan di 11 lapangan terbang di tujuh negara yang mendapat manfaat tersebut, iaitu Malaysia, Indonesia, Maghribi, Pakistan, Bangladesh, Turkiye dan Cote d’Ivoire.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya