Arab Saudi jadi hos Festival Filem Eropah - Utusan Malaysia

Arab Saudi jadi hos Festival Filem Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Festival Filem Eropah kali ketiga bakal berlangsung minggu depan di Riyadh dan Jeddah buat pertama kali di negara itu.

Lapor Arab News, acara itu akan bermula dari 29 Mei hingga 6 Jun depan yang dilancarkan oleh delegasi Kesatuan Eropah dengan kerjasama Kedutaan Eu dan Arabia Pictures.

Acara gilang-gemilang itu akan dihoskan oleh VOX Cinemas Century Corner di Riyadh, dan VOX Cinemas Jeddah Park di Jeddah.

Festival kali ini merupakan penganjuran yang paling besar dengan penyertaan 21 penggiat filem dari Austria, Belgium, Bulgaria, Cyprus, Denmark, Estonia, Finland, Greece, Ireland, Itali, Belanda, Portugal dan banyak lagi.

Bakal pemenang untuk festival kali ini juga termasuk penerima Anugerah Oscars dan Palme d’Or, iatu anugerah tertinggi semasa Festival Filem Cannes, baru-baru ini.

Duta Kesatuan Eropah di Arab Saudi, Christophe Farnaud berkata, pihaknya berbangga dengan penganjuran festival filem itu di Arab Saudi.

“Festival ini berkembang dari tahun ke tahun dan kali ini kita bukan sahaja dapat melihat lebih banyak filem dipertandingkan, tetapi membawa acara ini ke Jeddah.

“Saya harap lebih ramai peminat filem di Arab Saudi dapat menghadiri festival ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya