JAKARTA: Letusan gunung berapi terpencil di Indonesia, Gunung Ruang memaksa lebih daripada puluhan lapangan terbang ditutup dengan abu merebak sehingga ke Malaysia. Menurut pegawai tempatan, pihak berkuasa kini bergegas memindahkan lebih 12,000 penduduk kerana ketakutan berlakunya tsunami. Gunung Ruang meletus tiga kali pada Selasa lalu, memuntahkan lahar dan abu lebih lima kilometer ke langit dan memaksa pihak berkuasa mengeluarkan arahan pemindahan untuk 12,000 penduduk tempatan. Sebuah kapal penyelamat dan sebuah kapal perang dihantar untuk membantu memindahkan ribuan orang dari pulau Tagulandang yang berdekatan ke utara ke pulau Siau. Hal ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya