SEJAK hampir 50 tahun lalu, bilangan penderma organ sebenar selepas kematian yang direkodkan di negara ini hanyalah seramai 909 orang. Jumlah itu disifatkan terlalu rendah sejak kempen berkenaan dimulakan pada 1976 hingga April lalu. Perkembangan tersebut sekali gus meletakkan Malaysia sebagai antara negara tercorot dalam pendermaan organ di Asia dan dunia. Malah, statistik terkini Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) mendapati seramai 9,455 pesakit masih lagi berada dalam senarai menunggu pendermaan organ. Angka tertinggi melibatkan pesakit buah pinggang dewasa iaitu 8,979 orang diikuti 436 untuk kanak-kanak. Turut berada dalam senarai adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya