51 maut lebuh raya runtuh di China - Utusan Malaysia

51 maut lebuh raya runtuh di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUANGZHOU: Angka korban akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China yang runtuh, Rabu lalu, meningkat kepada 51 orang.

Lebuh raya itu runtuh akibat hujan lebat yang mengalir di kawasan pergunungan itu sehingga menyebabkan 23 kenderaan terperangkap.

Runtuhan sepanjang 17.9 meter pada pukul 2.10 pagi di sebahagian Lebuh Raya Meizhou-Dabu itu turut menyebabkan 30 mangsa lain dikejarkan ke hospital akibat mengalami kecederaan.

Datuk Bandar Meizhou, Wang Hui berkata, usah pencarian mangsa lain masih dilakukan dan setakat ini tiada warga asing yang ditemukan.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa terperangkap melibatkan 500 petugas di lokasi insiden. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya