GAZA: Kementerian Kesihatan Gaza mendedahkan sekurang-kurangnya 500 kakitangan perubatan terbunuh sejak serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza, 7 Oktober lalu. Jurucakap kementerian, Khalil al-Daqran berkata, jururawat, bidan dan pasukan perubatan adalah sebahagian daripada rakyat Palestin. Jelasnya, mereka adalah syuhada yang memainkan peranan kemanusiaan untuk menyelamatkan nyawa orang awam yang ditimpa kesakitan dan kecederaan. “Serangan tentera Israel meragut 138 nyawa jururawat di Gaza. “Mereka melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dalam memberikan rawatan kepada rakyat Palestin. Selain 500 yang terkorban, 1,500 petugas perubatan yang lain cedera dan 312 ditahan tentera Israel. “Hari Jururawat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya