15 maut di timur India akibat cuaca panas - Utusan Malaysia

15 maut di timur India akibat cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR: Seramai 15 orang maut akibat strok haba berikutan cuaca panas melampau di bahagian timur India, di Bihar dan Odisha, pada Khamis.

Pihak berkuasa memaklumkan 10 kes kematian dilaporkan di hospital kerajaan di wilayah Rourkela, Odisha, manakala, lima lagi kes kematian di bandar Aurangabad, Bihar.

Pemungut Daerah Aurangabad, Shrikant Shastree berkata, tujuh daripada mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, namun punca sebenar kematian hanya akan diketahui selepas proses bedah siasat.

Kerajaan Odisha melarang sebarang aktiviti luar terhadap golongan pekerja dari pukul 11 pagi hingga 3 petang ketika suhu memuncak.

Media tempatan melaporkan tiga mangsa maut disyaki akibat strok haba di negeri Jharkhand.

Pihak berkuasa memaklumkan gelombang haba dijangka berterusan sehingga esok.

India berdepan cuaca panas melampau sehingga sebahagian kawasan di ibu negara merekodkan suhu tertinggi yang mencecah 52.9 darjah Celcius minggu ini.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya