15 mata jadikan sepak takraw lebih sengit

15 mata jadikan sepak takraw lebih sengit

AKSI pemain sepak takraw skuad kebangsaan, Farhan Adam semasa menentang pasukan China ketika Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Dunia 2024 ISTAF di Stadium Titiwangsa.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kapten skuad sepak takraw negara, Farhan Adam mengakui sistem 15 mata dan peraturan servis tunggal yang diperkenalkan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 menjadikan persaingan dalam sukan itu lebih sengit.

Farhan berkata, jika pasukan negara melakukan kesilapan boleh mengundang kepada kekalahan kerana perlawanan menjadi bertambah laju, sekali gus menuntut rakan sepasukannya menampilkan aksi yang solid serta penyesuaian yang lebih cepat setiap kali diturunkan.

“Jika ikut saya dari segi kepuasan sememangnya tiada terutama apabila kita mengutip mata agak jauh. Jika ada tentangan yang sengit di situ kita dapat rasa kerana masa menjadi agak singkat.

“Yang penting kita perlu disiplin dalam perlawanan. Perkara paling penting ialah apabila kita masuk ke dalam gelanggang kita perlu lakukan sehabis baik kerana tiada masa untuk tercari-cari lagi,” katanya.

Ketika diminta mengulas aksi terbaik yang dipamerkan Thailand, Farhan mengakui mereka hanya fokus satu demi satu perlawanan sebelum memikirkan soal seteru utama mereka itu.

“Soal Thailand kita tolak tepi dahulu kerana kami masih ada lagi perlawanan lain yang perlu diberi perhatian. Kami kena fikir satu demi satu perlawanan,” katanya,

Selain itu, pemain berpengalaman itu juga menagih sokongan penyokong untuk terus membanjiri Stadium Titiwangsa setiap kali Malaysia beraksi kerana kehadiran mereka itu memberi tonik kepada pemain ketika berdepan pasukan lawan.

“Kami mengharapkan bantuan daripada penyokong-penyokong, dengan sokongan mereka, kami dapat beraksi dengan lebih baik. Jadi, kami akan berasa sangat semangat setiap kali turun dalam setiap perlawanan,”kata Farhan.

Kelamrin, Malaysia membuka kempen piala dunia dengan langkah kanan apabila skuad regu negara dibarisi Syahir Rosdi (tekong), Azlan Alias (apit kanan) dan Farhan (apit kiri) mencatat kemenangan mudah ke atas China, 15-6, 15-7 dalam tempoh 30 minit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya