WASHINGTON: White House menegaskan protes pro-Palestin yang menggegarkan universiti Amerika Syarikat (AS) dalam beberapa minggu kebelakangan ini mesti kekal aman, selepas polis menahan kira-kira 275 orang di empat kampus berasingan. Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby berkata kepada ABC, pihaknya sudah pasti menghormati hak protes aman. Tetapi, tambahnya, pihaknya benar-benar mengutuk bahasa antisemitisme dan pastinya mengutuk semua ucapan kebencian dan ancaman keganasan di luar sana. Gelombang demonstrasi bermula di Universiti Columbia di New York tetapi sejak itu ia merebak dengan pantas ke seluruh negara. Walaupun keamanan masih berlaku di banyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya