NEW YORK: Universiti Columbia, kampus pertama yang mencetuskan protes pro-Palestin seluruh Amerika Syarikat (AS) mula menggantung pengajian mahasiswa-mahasiswa yang terlibat tunjuk perasaan dan mengingkari kata dua untuk bersurai. Tindakan itu diambil berikutan hampir dua minggu protes terhadap perang Israel di Gaza yang melanda institusi pengajian tinggi berkenaan selepas kira-kira 100 penunjuk perasaan pertama kali ditangkap pada 18 April lalu. Dalam tindakan keras terbaharu itu, pihak berkuasa di universiti berprestij di New York itu juga menuntut agar khemah-khemah penunjuk perasaan dibersihkan. Bagaimanapun, seorang mahasiswa universiti berkenaan membacakan kenyataan; “Taktik menakutkan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya