KLANG: Jalan bertongkat biasanya dilakukan oleh warga emas atau individu yang mengalami kesukaran mengimbangkan badan, tetapi kini ia didakwa menjadi satu trend baharu dalam kalangan generasi muda. Menurut seorang penjual peralatan tersebut, Abdul Rahman Tan, sukar dipercayai apabila ramai golongan muda singgah di gerainya dekat Bazar Aidilfitri Jalan Taiping untuk membeli tongkat. Katanya, tongkat tersebut dibeli sebagai salah satu fesyen atau penampilan diri terutama pada Hari Raya Aidilfitri. “Sebenarnya bukanlah satu kejanggalan apabila mengenakan tongkat dapat menyerlahkan penampilan seseorang. Cuma agak mengejutkan ia mula diminati golongan muda yang masih sihat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya