KUALA TERENGGANU: Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu berpandangan kerajaan negeri itu lambat bertindak menolak Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) sebagai janggal dan aneh. Pengerusi Amanah Terengganu, Mohd. Hasbie Muda berkata, tindakan itu diambil hanya selepas hampir enam tahun Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bergelar Menteri Besar Terengganu. Menurutnya, keputusan yang lambat ini menimbulkan persoalan tentang kecaknaan, kesungguhan dan ketegasan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ahmad Samsuri dalam mempertahankan hak negeri Terengganu. “Apa yang dilakukan selama enam tahun ini? Sepanjang 33 bulan pentadbiran Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN) yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya