CHARLOTTE: Tiga pegawai penguat kuasa terbunuh manakala empat lagi cedera ditembak di Charlotte, Carolina Utara dan seorang suspek dijumpai mati, semalam. Ketua Jabatan Polis Charlotte-Mecklenburg, Johnny Jennings berkata, ketiga-tiga pegawai yang terbunuh adalah sebahagian daripada Pasukan Petugas Marshall Amerika Syarikat (AS), terdiri daripada pegawai dari pelbagai agensi. “Hari ini adalah hari tragis untuk bandar Charlotte dan profesion penguatkuasaan undang-undang. Hari ini kami kehilangan beberapa wira yang ingin menjaga keselamatan komuniti kami.” katanya pada sidang akhbar. Jennings berkata, pegawai yang terbunuh itu cuba menyampaikan waran kerana memiliki senjata api oleh penjenayah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya