Tiga minggu cantumkan 10,000 Yen - Utusan Malaysia

Tiga minggu cantumkan 10,000 Yen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang budak lelaki terpaksa mengambil masa selama tiga minggu untuk mencantumkan semula wang kertas bernilai 10,000 Yen (RM300) selepas duit itu secara tidak sengaja termasuk dalam alat pemotong kertas. 

Proses pencantuman itu ibarat menyusun kepingan ribuan puzzle seperti dikongsikan dalam platform X.

Insiden itu berlaku ketika bapanya secara tidak sengaja mengisar sampul lama di pejabat yang turut mengandungi kepingan wang tersebut, bulan lalu. 

Menyedari kesilapan berkenaan, dia kemudian mencabar anak lelakinya, Tomo untuk menyelesaikan masalah tersebut.  

Sekiranya ia berjaya dicantumkan, wang itu akan menjadi milik anaknya. 

Tomo menggalas cabaran itu sejak pertengahan Februari lalu dengan mengasingkan kepingan demi kepingan wang kertas.  

Budak lelaki itu menjadikan sekeping wang kertas dengan nilai sama dan meletakkan di bawah kepingan plastik lutsinar sebagai rujukan setiap kali melakukan proses pencantuman.

Pada 21 Mac lalu, Tomo berkongsi gambar sebahagian duit yang berjaya dicantumkan semula walaupun tidak kelihatan sempurna.  

Wang tersebut akhirnya berjaya ditukar dengan nilai baharu dari pihak Bank of Japan yang mempunyai dasar spesifik mengenai pertukaran wang rosak. 

Jika kerosakan tidak lebih daripada 2/3, wang kertas itu boleh ditukar dengan nilai sama. 

Jika ia kurang daripada 2/5 bahagian yang rosak, kepingan wang kertas itu tidak boleh ditukar. 

Kriteria lain adalah semua kepingan mestilah milik wang kertas yang sama serta nombor unik mestilah boleh dibaca.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya