Menjadi bahan bualan ramai sementelah isu rumah tangganya dengan Datuk Red seakan tidak dapat diselamatkan lagi, penyanyi, Adira Suhaimi mengakui mungkin ada kelainannya pada sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Bagi Adira, apa pun yang berlaku, hatinya cukup reda dengan takdir Allah SWT dan sebagai ibu, kehadiran empat anak-anaknya adalah pembakar semangat yang tidak pernah akan dipersiakan. “Menguruskan anak seorang diri, mahu atau tidak, kita sebagai ibu kena bangkit dan sentiasa bersemangat demi anak-anak. Ini kerana kita tahu mereka adalah amanah besar dan kita sedang pikul tanggungjawab besar dalam menghidupkan ‘nyawa-nyawa’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya