SINGAPURA: Anggota penyelamat Taiwan mengecilkan perimeter pencarian untuk dua warga Singapura yang hilang berikutan gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter pada Rabu lalu.
Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari bas ulang-alik yang dikeluarkan pada pagi Ahad lalu, pihak berkuasa berkata bahawa pasangan itu turun di denai Shakadang di Taman Negara Taroko Hualien pada kira-kira 7.20 pagi pada, kira-kira 40 minit sebelum gempa berlaku.
Rakaman berasingan yang disediakan pada Sabtu lalu menunjukkan pasangan itu sedang beratur di stesen bas di Bandar Hualien pada kira-kira 6.30 pagi Rabu.
Pihak berkuasa berkata. ketika itu pemandu bas tidak ingat di mana pasangan itu turun.
Pasangan yang hilang dikenal pasti sebagai Sim Hwee Kok dan Neo Siew Choo, menurut kumpulan Facebook bernama Hualien Earthquake Relief Information.
Dua adik perempuan kepada wanita itu tiba di Taiwan pada Ahad lalu manakala kakak kepada lelaki itu dijangka tiba di Taiwan pada hari ini.
Pasukan penyelamat mengira laluan mendaki mereka berdasarkan rakaman CCTV bas dan mengecilkan kawasan pencarian, kata unit tindak balas kecemasan Taiwan.
Usaha mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan darat yang berbeza termasuk unit dron dari Türkiye, tambahnya.
“Kami sedang mencari perimeter laluan itu,” kata Komander carian, Lin Youchang.
Tangkapan skrin video CCTV menunjukkan warga Singapura, Sim Hwee Kok dan Neo Siew Choo kali terakhir dilihat menaiki bas ke Taman Negara Taroko pada 6.30 pagi pada 3 April lalu, kira-kira dua jam sebelum gempa bumi melanda Taiwan.
Pasangan warga Singapura itu adalah antara sekurang-kurangnya 10 orang yang masih hilang selepas gempa bumi itu.
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan lebih 1,100 yang lain cedera.
Beratus-ratus masih terkandas di Taman Negara Taroko yang terkenal dengan kawasan pergunungan kerana tanah runtuh menyekat terowong dan memotong jalan raya.
Pasukan penyelamat cuba membawa orang ramai ke tempat selamat, walaupun usaha dihalang oleh gegaran susulan.
Hualien dilaporkan dilanda lebih 600 gegaran susulan. -CNA