Tentera barisan hadapan Ukraine makin lemah - Utusan Malaysia

Tentera barisan hadapan Ukraine makin lemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ketua Komander Ukraine, Oleksandr Syrskyi memaklumkan situasi tentera barisan hadapan negara itu semakin lemah selepas berdepan serangan Russia. 

Jelasnya, tentera Ukraine terpaksa berundur dari posisi di wilayah timur Donetsk yang membentuk sebahagian daripada bariasan pertahanan selepas Russia menawan Avdiivka, Februari lalu.  

“Situasi di barisan hadapan semakin memburuk. Briged Ukraine yang berehat akan bergilir-gilir di kawasan tersebut bagi menggantikan unit yang tewas.  

“Serangan taktikal Moscow terbukti berjaya di beberapa sektor,” kata Syrskyi menerusi Telegram. 

Russia berusaha mengambil peluang menerusi kekuatan ketenteraan yang dimiliki sementara Ukraine masih mendapatkan bekalan senjata dari Amerika Syarikat. 

Kebanyakan pertempuran berlaku di sekitar Chasiv Yar, kubu dikuasai Kyiv yang cuba ditawan oleh Russia. 

Syrskyi turut mengakui Ukraine bakal kehilangan lebih banyak wilayah kepada Russia. 

Ahad lalu, Kementerian Pertahanan Russia melaporkan tenteranya berjaya menawan kawasan perkampungan Novobakhmutivka, sekitar 10 kilometer di utara Avdiivka.

Syrskyi dilantik menjadi Ketua Komander angkatan tentera Ukraine, sejak Februari lalu. 

Pelantikan itu susulan spekulasi mengenai hubungan retak antara pendahulunya, Valerii Zaluzhnyi dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky. -BBC  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya