Taman Arizona ditutup kerana Stinknet - Utusan Malaysia

Taman Arizona ditutup kerana Stinknet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHOENIX: Kawasan perkelahan yang menjadi tumpuan dan tarikan pelancongan di Arizona ditutup kepada pengunjung ekoran kehadiran tanaman berwarna kuning yang digelar sebagai stinknet. 

Pihak berkuasa di Monumen Negara Casa Grande Ruins mengumumkan penutupan itu sehingga 30 April depan disebabkan ketumpatan rumpai musim sejuk yang invasif dan berbahaya. 

Universiti Arizona memaklumkan stinknet mempunyai bunga kuning yang cantik pada batang hijau dan boleh tumbuh lebih 0.6 meter. 

Tumbuhan yang mempunyai bau yang kuat serupa pengilat kuku atau getah terbakar boleh menyebabkan masalah pernafasan yang serius serta ruam kulit yang teruk. 

Pengunjung diminta tidak berjalan di kawasan berhampiran atau memijak rumpai berbunga bagi mengelakkan ia merebak. 

Usaha penyelesaian sedang dijalankan dan pihaknya bercadang membuka semula kawasan itu secepat mungkin.  

Persatuan Tumbuhan Asli Arizona menjelaskan stinknet tumbuh secara meluas di Maricopa County semasa musim luruh dan musim sejuk pada 2016, 2018 dan 2019.

Ini menyebabkan serangan besar di pinggir utara Phoenix dan Scottsdale bersama-sama dengan pergerakan pantas ke selatan ke Casa Grande. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya