Serangan roket dari Iraq gagal - Utusan Malaysia

Serangan roket dari Iraq gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) mendedahkan terdapat lebih lima roket dilepaskan dari Iraq yang menyasarkan pangkalan tentera AS di Rumalyn, Syria. 

Bagaimanapun, serangan itu dianggap gagal kerana tiada mana-mana pegawai tentera AS yang mengalami kecederaan. 

“Ia dianggap sebagai ‘serangan roket yang gagal’. Namun, tidak jelas sama ada roket itu berjaya mendarat di pangkalan atau dimusnahkan sebelum menemui sasaran. 

“Kita juga masih menyiasat sama ada pangkalan itu adalah sasaran sebenar atau sebaliknya,” katanya lapor Reuters. 

Menurut sumber pegawai keselamatan di Iraq, roket itu dilepaskan oleh pejuang yang tidak dikenali dari kampung berdekatan di Zummar, 60 kilometer barat laut Mosul. 

Susulan itu, kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pasukan media keselamatan yang bergabung dengan Komando Operasi Bersama Iraq bagi memburu penyerang tersebut yang melancarkan roket pada pukul 9.50 malam (waktu tempatan) pada Ahad. 

Pasukan keselamatan berjaya menemukan pelancar roket yang dipasang di atas trak kecil sebelum ia terbakar akibat letupan dari roket yang tidak ditembak.  

Pihak tentera masih meneruskan usaha pencarian penyerang terbabit untuk dihadapkan ke muka pengadilan. 

Serangan itu berlaku sehari selepas Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani pulang dari lawatan bertemu Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden di White House. 

Satu hantaran dalam kumpulan Telegram yang bergabung dengan Kataib Hezbollah berkata, puak bersenjata di Iraq memutuskan untuk meneruskan serangan selepas berhenti melancarkannya sejak tiga bulan lalu. 

Ia susulan melihat perkembangan dalam sesi rundingan bagi menamatkan gabungan tentera yang diketuai oleh AS di negara itu. 

Sebuah lagi kumpulan Telegram popular yang rapat dengan Kataib Hezbollah, Sabreen News memaklumkan tiada kenyataan rasmi oleh puak yang disokong oleh Iran itu. 

Sejak awal Februari lalu, ini adalah serangan pertama oleh puak penyerang terhadap tentera AS di Syria. -REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya