Di sebalik setiap corak dan helaian kain, tersemat kenangan yang tidak akan pudar. Lantas membawa seseorang merentasi masa dan mengukuhkan kasih sayang termasuk ketika berkunjung ke rumah terbuka Aidilfitri.
Bagi memastikan seisi keluarga kelihatan hebat dalam pakaian sedondon di majlis itu, adalah penting untuk memilih motif yang bersesuaian dengan bentuk badan masing-masing.
Bagi yang bertubuh ramping, gayakan motif berstruktur seperti garisan horizontal atau corak bunga besar untuk ilusi yang lebih seimbang.
Manakala pemilik tubuh curvy, disyorkan untuk memilih motif lebih kecil seperti garisan vertikal atau corak geometri.
Selain itu, pemilihan warna turut mempengaruhi gaya yang sempurna.
Bagi keluarga yang mahu tampil serasi, warna-warna pastel atau monokrom adalah pilihan yang tepat.
Krim, biru lembut dan hijau memberi kesan lembut serta klasik yang sesuai untuk semua jenis bentuk badan.
Bagi yang ingin tampil lebih menonjol, gayakan warna-warna cerah seperti merah, kuning dan ungu.
Bagaimanapun, tidak lengkap gaya raya keluarga yang sedondon tanpa penggunaan aksesori.
Bagi wanita, selendang corak sama dengan busana dapat menyerlahkan lagi penampilan, manakala kaum adam tampak berseri dengan kerongsang
atau songkok.
Pemilihan gaya raya sedondon bukan sahaja membolehkan seisi keluarga anda menjadi perhatian di rumah terbuka, malah dianggap sebagai kenangan terindah yang tidak mungkin dapat dilupakan.