Sate wagyu kuah kacang halia hitam bersama lemang - Utusan Malaysia

Sate wagyu kuah kacang halia hitam bersama lemang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUADAH istimewa ini sering dicari tetamu apabila bertandang ke majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Ibaratnya, tidak lengkap sambutan lebaran tanpa menikmati sate yang dihidangkan bersama kuah kacang dan nasi impit.

Bagi yang inginkan kelainan dan pengalaman baharu, apa kata olah kombinasi menu di atas.

Gunakan wagyu berbanding daging biasa dan gandingkan dengan lemang. Selamat mencuba!

BAHAN UTAMA
-200 gram daging wagyu

BAHAN PERAPAN DAGING WAGYU
-10 biji bawang merah
-1 ulas bawang putih
-1/2 sudu makan serbuk kunyit
-5 sudu makan gula melaka
-1 sudu teh jintan manis
-1 sudu teh jintan putih
-10 gram halia muda
-10 gram halia hitam
-10 gram lengkuas
-4 batang serai
-Garam secukup rasa

BAHAN KUAH KACANG
-250 gram kacang tanah (buang kulit dan ditumbuk kasar)
-4 biji bawang merah (dikisar)
-2 ulas bawang putih (dikisar)
-3 batang serai (dikisar)
-20 gram halia hitam
-20 gram lengkuas (dikisar)
-2 sudu makan udang kering (dikisar)
-2 sudu makan cili kisar (dikisar)
-3 biji buah keras
-200 gram santan sawit
-125 mililiter air asam jawa
-150 gram gula merah
-Minyak untuk menumis
-Garam dan air secukupnya

CARA PENYEDIAAN
-Kisarkan bahan perap dan gaulkan bersama daging.
-Perapkan sekurang-kurangnya dua jam dan bakar hingga masak.
-Untuk kuah kacang, panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar hingga naik bau.
-Kemudian masukkan kacang tanah dan biarkan masak seketika.
-Akhir sekali masukkan air asam jawa, santan sawit dan perasakan dengan garam dan gula merah secukupnya.
-Apabila kuah pekat, angkat dan hidangkan bersama sate dan lemang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN