PETALING JAYA: Ibarat melepaskan bom, kekasih gelap Aliff Aziz dikenali sebagai Sarah Yasmine ‘menggila’ di media sosial apabila memuat aik pendedahan perbualan di antara NRF dipercayai Ruhainies dan suami kepada Bella Astillah itu.
Menerusi tangkap layar perbualan Whatsapp yang dimuat naik Sarah, dua pelakon yang sebelum itu menafikan hubungan cinta antara mereka membincangkan tentang isu tangkap khalwat, perceraian dan komplot untuk menjatuhkan Bella Astillah.
“Saya rasa Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah) akan ‘make example out of us’ tau. Bersedialah.
“Wakil peguam kita perlu bertungkus lumus untuk prosedur mitigasi sekiranya kita mengaku bersalah,” kata Aliff dipercayai merujuk kepada strategi jika kes mereka dibicarakan kelak.
Dalam tangkap layar berbeza, ‘NRF’ mempersoalkan tindakan Bella membuat pelbagai pendedahan berhubung pergolakan rumah tangganya sedangkan dia dan Aliff masih berdiam diri.
“Tak mengapa tiga bulan lagi yang itu (perbicaraan kes khalwat). Jangan fikir dulu, fokus apa yang ada di depan kita dulu.
“Cukuplah. Kita sudah banyak bersabar. Tak cakap apa-apa untuk dua minggu ini,” kongsinya.
Tidak cukup itu, ‘NRF’ juga dilihat meluahkan rasa bengang apabila mendakwa mendakwa Bella telah menghantar e-mel kepada jenama-jenama beberapa produk untuk berhenti berkerjasama dengannya.
“Pasukan dia emel jenama-jenama yang bekerja dengan saya untuk berhenti bekerjasama.
“Awak nak pertahankan dia lagi? Nak simpan lagi segala yang dia buat? Sudah masanya untuk meletup,” kata NRF yang dilihat turut bersayang, bermanja dengan panggilan mesra terhadap Aliff.
Tidak cukup tiga nama yang mencetuskan perdebatam, beberapa nama selebriti lain dipercayai turut terpalit dalam perbualan NRF dengan Aliff antaranya Chacha Maembong dan Emma Maembong turut ‘dipetik’.
Pada Isnin lalu ,nama Sarah menjadi bualan hangat selepas dia mendakwa sebagai kekasih kepada Aliff dan mereka sudah mula bercinta sejak Januari lalu.
Katanya, pendedahan tersebut dilakukan sebaik melihat Aliff teruk dikecam netizen selepas ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Rentetan daripada itu, Bella pada 13 Mac lalu memfailkan cerai terhadap Aliff namun pada sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, suaminya enggan untuk bercerai atas alasan masih mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.