Saintis China hasilkan berlian dari bunga peony - Utusan Malaysia

Saintis China hasilkan berlian dari bunga peony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Saintis China berjaya mencipta berlian tiga karat terdiri daripada unsur karbon yang diperoleh daripada bunga peony merah secara eksklusif. 

Barang kemas itu disumbangkan kepada Luoyang National Peony Garden oleh Luoyang Time Promise Co., iaitu sebuah syarikat pakar dalam berlian tiruan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wang Jing berkata, syarikat itu bersetuju untuk membekalkan berlian dengan bunga peony bagi rekaan berlian unik itu, termasuk menggunakan bunga yang berusia hampir 50 tahun hujung bulan lalu. 

“Berlian itu bernilai 300,000 yuan (RM198,000). 

“Ia ditanam daripada bunga peony menggunakan teknologi pengekstrakan karbon biogenik, yang memerlukan suhu dan tekanan tinggi,” katanya ketika membuat pengumuman di Luoyang, wilayah Henan, China. 

Jing berkata, teknologi yang digunakan untuk menukar unsur karbon yang berasal dari bunga peony menjadi berlian adalah kerja yang begitu rumit. 

Namun, katanya, pihaknya berjaya melakukannya apabila unsur karbon daripada pelbagai sumber seperti rambut, tulang, dan bunga diekstrak dalam peranti yang direka khas bagi memecahkan ikatan kimia antara atom karbon yang diekstrak. 

Kemudian, unsur-unsur tersebut digabungkan semula menjadi struktur berlian sebelum berlian sebenar terbentuk.

Bunga peony dikaitkan dengan simbol kekayaan, kemakmuran dan kemegahan, selain mewakili simbol romantis dan cinta. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya