Rekaan stesen kereta api di China macam tuala wanita

Rekaan stesen kereta api di China macam tuala wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Reka bentuk cadangan stesen kereta api di bandar Nanjing, China menarik perhatian warga maya kerana saling tidak tumpah seperti tuala wanita. 

Walaupun pihak berkuasa menjelaskan rekaan itu mengambil inspirasi daripada bunga plum yang terkenal di bandar itu, netizen tetap menyamakannya dengan tuala wanita sehingga menuai jutaan komen dalam media sosial.  

“Ini adalah tuala wanita gergasi. Sangat memalukan untuk mengatakan ia adalah kelihatan seperti bunga plum,” tulis sebuah komen dalam Weibo. 

“Mengapa kita semua boleh melihatnya seperti tuala wanita, sedangkan arkitek tidak boleh?” soal pengguna lain. 

“Saya fikir kita perlu mengambil peluang ini untuk menyeru masyarakat supaya memberi perhatian kepada perkara yang memalukan golongan wanita yang datang haid. Reka bentuk ini mendahului masanya,” seloroh pengguna lain. 

Akhbar milik kerajaan, Nanjing Daily menjelaskan reka bentuk awal itu diuruskan oleh kerajaan wilayah Jiangsu dan China State Railway Group. 

Difahamkan, pembinaan stesen kereta api yang menelan kos kira-kira 20 bilion yuan (RM13 bilion) dengan keluasan 3,760 hektar, akan bermula pada suku pertama tahun ini. 

Untuk rekod, ini bukan kali pertama reka bentuk bangunan di China menarik perhatian ramai. 

Ibu pejabat CCTV, iaitu syarikat stesen penyiar negeri di Beijing pernah dilabelkan sebagai bangunan ‘seluar pendek dalam lelaki’. -BBC  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya