Ramai tentera keletihan, Ukraine gubal RUU ambil tentera baharu

Ramai tentera keletihan, Ukraine gubal RUU ambil tentera baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIEV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menandatangani rang undang-undang (RUU) baharu bagi merombak peraturan mobilisasi tentera di negara itu.   

RUU itu digubal ketika negara tersebut berusaha menangani isu kekurangan tentera yang kronik dalam berhadapan serangan tentera Russia. Ia akan berkuatkuasa sebulan selepas ia digubal secara rasmi. 

Undang-undang itu mewajibkan golongan lelaki untuk mengemas kini data dengan pihak berkuasa, meningkatkan pembayaran kepada mereka yang menjadi sukarelawan serta menambah hukuman baharu. 

Bagaimanapun, belum jelas berapa banyak jumlah tentera yang boleh dikerahkan menerusi peruntukan baharu itu. 

Beberapa anggota tentera dan penganalisis menyatakan kebimbangan mengenai keberkesanan undang-undang itu dalam menangai isu kekurangan tersebut. 

Baru-baru ini, Zelenskyy menandatangani undang-undang berasingan bagi mengurangkan umur golongan lelaki yang perlu berkhidmat dengan tentera daripada 27 ke 25 tahun. 

Konflik serangan Russia di Ukraine berlanjutan lebih dua tahun dan tentera Russia dilaporkan melebihi jumlah tentera Ukraine sebanyak 10 kali ganda. 

Kiev memerlukan tentera baharu bagi mengukuhkan kedudukannya dan menggantikan tentera yang keletihan. 

Pegawai tentera Ukraine juga memberi amaran Moscow mungkin bersiap sedia untuk melancarkan serangan lain, pada musim bunga ini atau musim panas. -REUTERS  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya