Protes pro-Palestin: Lautan pelajar banjiri Paris - Utusan Malaysia

Protes pro-Palestin: Lautan pelajar banjiri Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Protes pro-Palestin terus merebak ke seluruh dunia termasuk dalam kalangan pelajar universiti di Perancis apabila lautan peserta membanjiri Institut Kajian Politik, Sciences Po, di Paris pada Jumaat. 

Penunjuk perasaan memenuhi ruang bangunan kampus tersebut dan menyekat pintu masuk menggunakan tong sampah, kayu dan basikal. 

Mereka juga dilihat berkumpul di tingkap bangunan sambil melaungkan slogan pro-Palestin, menggantung bendera Palestin dan sepanduk tertera ‘kami semua rakyat Palestin’. 

Dalam masa sama, berlaku pertembungan himpunan peserta protes pro-Palestin dan pro-Israel sehingga menyebabkan polis anti-rusuhan terpaksa bertindak untuk memisahkan dua kumpulan berkenaan. 

Walaupun sampai ke petang, kumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin dilihat masih enggan berganjak serta tidak menghiraukan arahan polis untuk mengosongkan jalan.

Antara tuntutan penunjuk perasaan adalah supaya fakulti itu memutuskan hubungan dengan sekolah Israel.  

Serangan di Gaza memecahbelahkan secara mendadak penduduk di Perancis, yang mempunyai populasi terbesar umat Islam dan Yahudi di Eropah Barat. 

Pada mulanya, Perancis berusaha menghalang demonstrasi pro-Palestin. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya