JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berikrar untuk memperjuangkan semua rakyat Indonesia dan menyeru perpaduan dalam kalangan elit politik untuk membawa negara ke hadapan. Ikrar itu dibuat ketika beliau berusaha untuk mengukuhkan pengaruh parlimennya sebelum memegang jawatan pada Oktober depan. Bercakap pada majlis di mana beliau disahkan sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden (Pilpres) pada 14 Februari lalu, Prabowo berkata, beliau bercakap dengan golongan elit di negara ini dan adalah penting bagi parti untuk bekerjasama demi kebaikan bersama. Prabowo yang secara diam-diam disokong oleh penyandang popular, Joko Widodo (Jokowi), sedang berusaha untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya