Polis Sweden tembak lelaki serang tiga wanita - Utusan Malaysia

Polis Sweden tembak lelaki serang tiga wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Polis menembak mati seorang lelaki selepas mendatangkan kecederaan terhadap tiga wanita menggunakan objek tajam di bandar Vasteras, Sweden.

Lapor The Guardian, dua mangsa masing-masing berusia 65 dan 80 tahun berada dalam keadaan serius tetapi masih stabil.

“Polis memberkas lelaki itu di lokasi kejadian.

“Berhubung penangkapan suspek, situasi ketika itu membahayakan hingga menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan.

“Suspek mengalami kecederaan selepas ditembak di bahagian kaki dan dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan.

Polis memaklumkan, suspek berusia dalam lingkungan umur 30 tahun dengan rekod jenayah lampau berkaitan dadah memiliki sebilah pisau ketika ditangkap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya