Piala Thomas: Malaysia tundukkan Algeria, tempah slot suku akhir

Piala Thomas: Malaysia tundukkan Algeria, tempah slot suku akhir

LEE ZII JIA ketuai kemaraan Malaysia di Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad badminton lelaki negara mencatat kemenangan kedua selepas mudah membenam Algeria 5-0 dalam aksi Kumpulan D dan sekali gus, memastikan slot suku akhir menjadi milik Malaysia pada Piala Thomas di Chengdu, China, hari ini.

Pemain No. 10 dunia, Lee Zii Jia yang hanya memerlukan masa 26 minit untuk menumpaskan Adel Hamek 21-8, 21-6 menghadiahkan mata pertama Malaysia.

Pasukan kebangsaan yang memilih merehatkan Leong Jun Hao mempertaruhkan Cheam Jun Wei selaku perseorangan kedua dan pemain yang menghuni ranking ke-63 dunia itu menggalas amanah yang diberi dengan baik apabila mudah menundukkan Youcef Sabri Medel 21-9, 21-14 dalam masa 21 minit.

Mendahului selesa 2-0 ke atas Algeria, beregu No. 29 dunia, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri yang diberi peranan selaku beregu pertama hanya memerlukan masa 17 minit mengutip mata ketiga Malaysia menerusi kemenangan 21-8, 21-3 ke atas Sifeddine Labraoui-Mohamed Abdelaziz Ochefoun.

Pemain muda negara, Justin Hoh yang mengekalkan tempatnya sebagai perseorangan ketiga tidak berdepan masalah meneruskan rentak kemenangan Malaysia apabila mengalahkan Mohamed Abderrahime Belarbi 21-10, 21-14 dalam masa 26 minit.

Beregu pecah ganding, Nur Izzuddin Mohd Rumsani-Soh Wooi Yik yang turun ke gelanggang selaku wakil terakhir negara memerlukan 24 minit untuk menewaskan Koceila Mammeri-Youcef Sabri Medel 21-13, 21-9 untuk Malaysia menutup aksi menerusi kemenangan 5-0.

Skuad negara akan turun beraksi menentang Denmark dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Selasa ini, dan misi wajib menang perlu digalas Malaysia walaupun telah layak ke suku akhir.

Selaku juara Kumpulan D, sekurang-kurangnya dapat membantu skuad negara mengelak daripada bertemu pasukan pilihan seawal suku akhir.

Denmark yang mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong, hari ini, turut mengiringi Malaysia ke peringkat lapan berbaik.

Sementara itu, dalam pertemuan Kumpulan B, Jepun menumpaskan Republik Czech 5-0, manakala, Taiwan yang turut berada dalam kumpulan sama mengetepikan Jerman 4-1.

Untuk perlawanan Kumpulan A, tuan rumah, China dan Korea Selatan turut layak ke suku akhir selepas menewaskan lawan masing-masing.

China mencatat kemenangan kedua selepas membelasah Kanada 5-0, sementara, Korea Selatan membenam Amerika Syarikat juga 5-0. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya