ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 39 orang terkorban selepas hujan lebat luar biasa melanda barat daya Pakistan sejak beberapa hari lalu.
Pihak berkuasa memaklumkan sebahagian besar yang terbunuh adalah golongan petani yang disambar petir ketika menuai gandum.
Gambar dalam talian menunjukkan sebahagian besar tanah ladang ditenggelamkan oleh air hujan.
Banjir kilat juga mengganggu bekalan kuasa dan rangkaian pengangkutan.
Pakistan mengalami peningkatan cuaca ekstrem kesan perubahan iklim yang melanda.
Pada 2022, sebahagian kawasan di negara itu tenggelam sepenuhnya akibat banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Bencana itu menyebabkan 1,700 penduduk terbunuh dan mencederakan ribuan orang.
Jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal dan kekurangan air bersih selama berbulan-bulan selepas itu. -BBC