Permit kerja untuk pendatang haram kahwini rakyat AS

Permit kerja untuk pendatang haram kahwini rakyat AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: White House mempertimbangkan kaedah memberikan status undang-undang sementara dan permit kerja kepada pendatang haram di Amerika Syarikat (AS) yang berkahwin dengan rakyat negara ini. 

Tiga sumber yang mendedahkan perkara itu berkata, langkah itu dilihat memberi keuntungan kepada beberapa calon Demokrat menjelang Pilihan Raya Presiden, November depan. 

Penggubal undang-undang Demokrat dan kumpulan advokasi menggesa Presiden, Joe Biden mengambil langkah untuk melindungi pendatang haram ke negara itu. 

Dalam masa sama, Biden mempertimbangkan tindakan eksekutif untuk mengurangkan kemasukan pendatang di kawasan sempadan secara haram. 

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, White House mempertimbangkan tindakan eksekutif untuk menyekat pendatang di kawasan sempadan AS-Mexico, yang mencetuskan kritikan daripada beberapa calon Demokrat dan penyokong. 

“Biden juga meneliti kemungkinan pelaksanaan ‘parol’ bagi pasangan warga AS. 

“Status sementara akan menyediakan akses kepada permit kerja dan berpotensi menjadi tiket kewarganegaraan. Setakat ini, belum ada lagi tindakan yang dimuktamadkan,” kata sumber dalaman yang enggan namanya disiarkan. 

Data yang direkodkan oleh organisasi advokasi, FWD.us. menganggarkan 1.1 juta pendatang haram di AS berkahwin dengan rakyat negara ini. 

Sekumpulan 86 ahli Demokrat mengutus surat kepada Biden dan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Alejandro Mayorkas menggesa pasangan warga AS dilindungi dan mewujudkan proses penyatuan semula keluarga bagi mereka yang tinggal di luar negara, tahun lalu. 

Seorang penduduk di Philadelphia dan warga AS, Allyson Batista berkata, suaminya yang lahir di Brazil masih tidak mempunyai status imigresen yang sah selepas 20 tahun berkahwin. 

Batista mempunyai tiga anak hasil perkahwinan itu dan menjalankan perniagaan syarikat pembinaan. 

“Tahun demi tahun, kami hidup dalam trauma dan ketakutan sekiranya berlaku perpisahan,” luahnya semasa sidang akhbar di Washington, Isnin lalu. -REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya