JAKARTA: Pengasas jenama kosmetik Mustika Ratu, Mooryati Soedibyo, 96, meninggal dunia awal pagi tadi.
Jenazah dikebumikan di Tapos, Bogor selepas waktu Zohor tadi, lapor Kompas.com.
Pemergian tokoh terkemuka dalam jamu tradisional di Indonesia itu, disifatkan sebagai kehilangan besar dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Jenama Mustika Ratu terkenal dengan rangkaian produk kecantikan dan kesihatan, menjangkau pasaran domestik dan antarabangsa termasuk Asia Tenggara, Eropah dan Afrika Selatan.