Park Bo Ram tidak keluar bilik air ditemukan meninggal dunia

Park Bo Ram tidak keluar bilik air ditemukan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Penyanyi, Park Bo Ram dikatakan masuk ke bilik air dalam tempoh yang lama sebelum ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9:55 malam waktu tempatan. 

Menurut maklumat yang dikongsikan pihak polis Namyangju Selatan, Korea Selatan, Park sedang berkumpul bersama kawan-kawannya di sebuah kediaman pada 11 April lalu. 

Hairan Park tidak keluar dari bilik air, mereka kemudian membuka pintu dan terkejut melihat Park dalam keadaan tertiarap di hadapan meja solek. 

Selepas melakukan bantuan pernafasan, penyanyi itu tetap tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital Universiti Hanyang sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 11.17 malam waktu tempatan.

Bagaimanapun, pihak polis masih menunggu hasil keputusan pembedahan dan pemeriksaan mayat oleh pihak forensik berhubung punca kematian.

“Kami tidak boleh berkongsi secara terperinci mengenai kematian beliau kerana siasatan sedang dijalankan,” katanya kepada media tempatan.

Terdahulu, agensi bakat XANADU Entertainment mengesahkan Park telah meninggal dunia pada Khamis dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematiannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN