BAGHDAD: Seorang tentera maut dan lapan yang lain cedera selepas pangkalan tentera di tengah Iraq di pangkalan Calso dibom, hari ini.
Menurut sumber keselamatan Iraq, dron yang mengebomkan pangkalan tentera Babylon di Iraq dikesan berlepas dari pangkalan Burj 22 di Rukban, timur laut Jordan berhampiran sempadan Syria-Jordan.
Pangkalan tentera itu menempatkan bekas kumpulan separa tentera pro-Iran, Hashed al-Shaabi yang kini diselaraskan ke dalam tentera tetap di Iraq.
“Serangan itu menyebabkan letupan di stor peralatan.
“Pencarian mangsa yang cedera masih diteruskan,” kata pegawai tentera. -AGENSI