Man United hampir dikejutkan sebelum mara ke final Piala FA

Man United hampir dikejutkan sebelum mara ke final Piala FA

PEMAIN pertahanan Manchester United, Harry Maguire melakukan tandukan untuk gol kedua United pada masa kecederaan babak pertama.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United dicabar sengit oleh kelab divisyen dua, Coventry City sebelum mengesahkan tempat ke final Piala FA dengan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas terikat 3-3, sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan United membuat penghitungan dengan seteru setempatnya Manchester City dalam perebutan Piala FA pada 25 Mei depan dan ia menjadi satu-satunya peluang terbaik mereka untuk menjulang trofi musim ini.

Turun sebagai pasukan pilihan skuad kendalian Erik Ten Hag membuktikan status itu apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-23 menerusi ledakan Scott McTominay.

Sebelum tamat babak pertama, United menggandakan jaringan menerusi Harry Maguire bagi memastikan The Red Devils selesa mendahului dengan kedudukan 2-0.

Bersambung babak kedua, giliran kapten United Bruno Fernandes mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-58.

Ketika United sudah terbayang pentas final, Coventry mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila menyamakan kedudukan walaupun sudah ketinggalan tiga gol pada 20 minit terakhir.

Kebangkitan itu bermula menerusi ledakan Ellis Simms pada minit ke-71, disusuli jaringan Callum O’Hare lapan minit kemudian dan Haji Wright melengkapkan kebangkitan luar bisa tersebut sekali gus memaksa perlawanan melalui masa tambahan.

Pada masa tambahan, kedua-dua pasukan mencipta beberapa peluang antaranya rembatan deras Fernandes menggegarkan palang gol Coventry.

Coventry juga hampir mencipta sejarah apabila pemain gantian, Victor Torp menjaringkan gol menerusi serangan balas pantas pada minit ke-120 tetapi dibatalkan kerana ofsaid.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti dengan semua pemain United berjaya menjaringkan gol kecuali Casemiro.

Sementara itu, dua pemain Coventry, Ben Sheaf dan O’Hare turut gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyaksikan United mara ke final dengan keputusan 4-2.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya