BUKAN mudah untuk menikmati menu sihat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Cabaran dan dugaannya kuat kerana kebanyakan hidangan tradisi menggunakan bahan utama yang tinggi kalori seperti santan, minyak, garam dan gula. Justeru, perancangan awal penting dilakukan agar segala usaha menjaga kesihatan sepanjang Ramadan tidak terjejas. Timbalan Dekan Akademik (Sains Kesihatan) dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Barakatun Nisak Mohd. Yusof berkata, semasa berpuasa berat seseorang boleh turun antara tiga hingga lima kilogram. Namun, jika makan melebihi keperluan, berat badan yang hilang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya