Mak nyah serang pelanggan, berang 'servis' tak dibayar

Mak nyah serang pelanggan, berang ‘servis’ tak dibayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Polis Thailand memberkas seorang mak nyah selepas suspek menyerang seorang lelaki warga asing di sebuah bar di Pattaya.

Mak nyah yang dikenali sebagai Saksit Wichaikattaya, 26, dilaporkan datang ke premis hiburan itu dengan menunggang sebuah motosikal, pada waktu awal pagi.

Secara tiba-tiba, dia memecut laju motosikal berkenaan dan bertindak membaling botol kaca ke arah pelanggan yang duduk di dalam bar berkenaan.

Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan sehingga bibirnya terbelah serta menakutkan pelanggan lain yang kemudian mengosongkan premis itu.

Polis berjaya menahan suspek Ahad lalu, hasil bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bar tersebut.

Saksit mengaku bertindak ganas terhadap pelancong asing itu, susulan pertikaian mengenai bayaran perkhidmatan seks yang tidak dilunaskan oleh rakannya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya