GUANGZHOU: Puting beliung kuat melanda bandar mega selatan China, Guangzhou mengorbankan lima orang dan mencederakan 33 orang. Hujan lebat dan ribut batu turut melanda ibu kota wilayah Guangdong. Pihak berkuasa berkata, puting beliung itu mempunyai keamatan tahap tiga, dua peringkat lebih rendah daripada paras tertinggi lima. Siasatan terhadap kerosakan yang berlaku sedang dijalankan, lapor agensi berita Xinhua. Secara keseluruhan, 141 bangunan kilang rosak, kata pihak berkuasa. Menurut laporan Xinhua, stesen cuaca di perkampungan Liangtian di daerah Baiyun di Guangzhou, kira-kira 2.8 kilometer dari titik kejadian puting beliung itu mencatatkan tiupan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya