Letusan Gunung Ruang - Indonesia hantar kapal pindah penduduk

Letusan Gunung Ruang – Pihak berkuasa Indonesia hantar 4 kapal pindah penduduk

GUNUNG Ruang menghamburkan lahar panas dan asap di Pulau Sangihe semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) menghantar sekurang-kurang empat empat kapal untuk memindahkan penduduk di Pulau Tagulandang berikutan letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara (Sulut) selepas status kecemasan malapetaka itu dinaikkan ke paras tertinggi.

Menurut laporan CNN Indonesia, Kepala Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Kebencanaan BNPB Abdul Muhari dilaporkan berkata empat kapal yang dikerah termasuk satu kapal perang, dua feri dan satu kapal milik Basarnas.

Abdul membuat pengumuman itu dalam video YouTube BNPB Indonesia, hari ini.

Beliau menjangka kapal-kapal berkenaan akan mengambil masa antara lima hingga enam jam untuk sampai ke Manado dan percaya ia mampu membantu proses pemindahan mereka yang terbabit.

Gunung Ruang di Provinsi Sulawesi Utara, pertama kali meletus pada jam 9.45 malam waktu tempatan kelmarin dan diikuti beberapa letusan semalam sehingga memaksa pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap empat.

Letusan gunung berapi itu menyebabkan asap dan abu naik setinggi lebih 1.6 kilometer (km) dan memaksa ratusan penduduk berpindah.

Tahap amaran bagi gunung berapi setinggi 725 meter dari aras laut itu ditingkatkan berikutan kemungkinan lebih banyak letusan akan berlaku dan membahayakan penduduk.

Malaysia juga telah membatalkan semua penerbangan ke Sabah dan Sarawak dari KLIA bagi mengelak insiden tidak diingini berikutan letusan gunung berapi itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya