Letusan Gunung Ruang: 12,000 penduduk dipindahkan,

Letusan Gunung Ruang: 12,000 penduduk dipindahkan, potensi tsunami 

GUNUNG Ruang di Kepulauan Sitaro, Sulawesi Utara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung Ruang di Indonesia meletus memuntahkan lahar mendorong pihak berkuasa menaikkan status berjaga-jaga dan memindahkan lebih 12,000 orang yang tinggal di pulau berdekatan.

Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) memberi amaran kepada penduduk Pulau Tagulandang bahawa tsunami boleh dicetuskan oleh bahan gunung berapi yang runtuh ke lautan.

Amaran itu yang dikeluarkan pada pagi tadi kekal diletakkan setakat tengah hari.

Agensi itu menaikkan status berjaga-jaga ke tahap tertinggi berikutan letusan awal pagi itu, menggesa penduduk supaya tidak menghampiri gunung berapi berkenaan.

Agensi mitigasi bencana Indonesia (BNPB) berkata, kesemua 843 penduduk yang tinggal di Pulau Ruang di mana gunung berapi itu terletak dipindahkan ke Manado, ibu kota wilayah Sulawesi Utara. 

Penduduk Pulau Tagulandang sedang dipindahkan ke pulau Siau di utara.

Letusan itu berlaku susulan beberapa siri letusan awal bulan ini yang memaksa ratusan orang berpindah dan lapangan terbang di ibu kota wilayah Manado ditutup. 

Letusan itu juga menyebabkan kerosakan kepada beberapa rumah. 

Pada masa itu, gunung berapi juga mengeluarkan amaran tentang potensi tsunami. -REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya