NEW YORK: Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di sebuah taman di luar mahkamah Manhattan, ketika bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sedang dibicarakan, semalam.
Saksi kejadian, Dave, 73 tahun, memberitahu AFP dia melihat seorang lelaki mencampakkan risalah sebelum menyiram dirinya dengan cecair kimia, dan membakar dirinya.
Cebisan pakaian yang terbakar itu dapat dilihat di taman tersebut, sebelum ditutup oleh pihak berkuasa.
Seorang wartawan AFP di lokasi kejadian melaporkan bau cecair kimia yang sangat kuat.
Video yang dirakam saksi dan dimuat naik dalam media sosial menunjukkan seorang individu sedang berdiri sambil dirinya terbakar, kemudian rebah ke tanah.
Mangsa, Maxwell Azzarello, 37, dilaporkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. -AFP