Kedah secara rasmi kekal bersaing di Liga Super

Kedah secara rasmi kekal bersaing di Liga Super

FIRST Instance Body (FIB) mengesahkan KDA FC berjaya menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tahun 2023 sebelum tarikh akhir ditetapkan iaitu 20 April 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akhirnya memberi pengesahan rasmi mengenai status Kedah Darul Aman (KDA) FC yang kekal beraksi di Liga Super musim 2024/25.

First Instance Body (FIB) mengesahkan pasukan itu berjaya menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tahun 2023 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada jam 5 petang 20 April ini.

Perkembangan ini sekali gus menyaksikan saingan Liga Super bagi musim 2024/25 akan tetap menampilkan 13 pasukan dan jadual perlawanan yang sudah disusun tidak perlu dirombak sekali lagi.

Bagaimanapun, Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif menjelaskan pasukan itu akan tetap memulakan saingan Liga Super musim ini dengan negatif tiga mata selepas hukuman pemotongan tiga mata dan denda RM50,000 dikekalkan.

“Berdasarkan surat bertarikh 18 April 2024 serta dokumen pembayaran yang diserahkan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang kemudiannya disemak oleh FIB, KDA FC berjaya melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai.

“(Ini termasuklah) pemain dan pegawai Liga Super, pasukan bawah 23 tahun (B-23), bawah 20 tahun (B-20) dan bawah 18 tahun (B-18),”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya