AMSTERDAM: Jurugambar Reuters, Mohammed Salem memenangi anugerah berprestij Gambar Tahunan Akhbar Dunia 2024 kelmarin menerusi imej seorang wanita Palestin sedang mendukung mayat anak saudara perempuannya yang berusia lima tahun di Gaza. Gambar itu diambil pada 17 Oktober lalu di Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Gaza di mana keluarga mencari saudara-mara yang terbunuh semasa pengeboman Israel ke atas wilayah Palestin. Imej kemenangan itu menggambarkan Inas Abu Maamar, 36, menangis teresak-esak sambil memegang mayat, Saly yang dilitupi kain cadar di bilik mayat hospital. Mohammed, warga Palestin berusia 39 tahun, bekerja untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya