Izzat Hilmi raih Jersi Hijau ToT 2024

Izzat Hilmi raih Jersi Hijau ToT 2024

IZZAT Hilmi Abdul Halil membawa pulang Jersi Hijau selaku Raja Pecut keseluruhan Tour of Thailand (ToT) 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC), Izzat Hilmi Abdul Halil menyempurnakan penampilan pertama bersama pasukan itu dengan cemerlang apabila membawa pulang Jersi Hijau selaku Raja Pecut keseluruhan Tour of Thailand (ToT) 2024.

Izzat Hilmi menamatkan perlumbaan peringkat keenam dan terakhir kelmarin di tempat kedua di belakang pelumba St George Continental, Nick Kergozou, manakala Aidan Mendoza dari Go For Gold Filipina menduduki tempat ketiga ketiga dalam penamat beramai-ramai.

Pelumba pasukan kebangsaan, Iqbal Daniel Nawawi adalah satu-satunya pelumba Malaysia yang berada dalam kelompok 10 terbaik apabila pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Irwandie Lakasek terbabit dalam kemalangan kurang 1 kilometer (km) dari penamat.

Peringkat keenam ToT 2024 bermula di Phichit dan berakhir di Taman Bersejarah Si Thep sejauh 190.8 kilometer (km) iaitu laluan kedua terpanjang dalam perlumbaan berkenaan.

Prinsipal MPC, Sayuti Zahit berkata, ia permulaan terbaik untuk menamatkan jelajah peringkat UCI pertama mereka sejak pasukan berkenaan dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

MPC ialah pengganti kepada Sapura Cycling Team (TSC) dan Izzat menyertai pasukan pada Januari lalu.

“Kami mahu beraksi untuk meraih kemenangan peringkat keenam dan benar-benar hampir untuk mencapainya. Namun, masih gembira untuk tampil dengan satu lagi penamat podium dan juga mendapatkan jersi hijau.

“Ia adalah cara yang positif untuk menamatkan jelajah dengan empat penamat podium di sini,” kata Sayuti.

Izzat Hilmi mengumpul 46 mata diikuti pelumba Thailand Continental Team, Sarawut Sironnachai, 43 mata dan Van Engelen 35 mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN