KAHERAH: Serangan udara Israel ke atas tiga rumah di bandar Rafah, selatan Gaza membunuh 13 orang dan mencederakan ramai yang lain, kata pegawai perubatan hari ini. Media Hamas meletakkan angka kematian seramai 15 orang. Menurut pegawai kesihatan Gaza, di Bandar Gaza, pesawat Israel mengebom dua rumah, membunuh dan mencederakan beberapa orang. Serangan ke atas Rafah berlaku di mana lebih sejuta orang berlindung daripada serangan Israel selama berbulan-bulan berlaku beberapa jam sebelum Mesir dijangka menjadi tuan rumah kepada pemimpin kumpulan Hamas untuk membincangkan prospek perjanjian gencatan senjata dengan Israel. Peperangan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya