BEIRUT: Serangan tiga dron Israel semalam didakwa menyasarkan kedudukan tentera di selatan Syria, kata kerajaan Syria dan seorang pemantau manakala media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Israel menyerang musuh ketatnya, Iran. Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan Syria berkata, Israel melakukan serangan menggunakan peluru berpandu menyasarkan tapak pertahanan udara mereka di wilayah selatan dan menyebabkan beberapa kerosakan. Pemantau perang, Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, Israel menyasarkan kedudukan radar tentera Syria di wilayah selatan Daraa yang berjaya mengesan kemasukan pesawat Israel ke ruang udara negara itu. Bagaimanapun, ketua badan itu yang berpangkalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya