JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia semalam menurunkan tahap amaran gunung berapi di kawasan letusan Gunung Ruang manakala lapangan terbang antarabangsa yang berhampiran dengan lokasi berkenaan dibenarkan beroperasi semula selepas ditutup selama beberapa hari. Sebelum ini, pihak berkuasa Indonesia memberi amaran terhadap ancaman keselamatan Gunung Ruang yang mengeluarkan letupan lava, batu dan abu pada minggu lalu yang memaksa pemindahan ribuan penduduk di sekitar gunung berapi itu. Selepas beberapa hari, aktiviti gunung berapi berkenaan kembali tenang dan agensi gunung berapi negara itu menurunkan tahap berjaga-jaga ke tahap kedua tertinggi sistem empat peringkat, semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya