Indonesia mahu sekat kandungan ganas permainan dalam talian

Indonesia mahu sekat kandungan ganas permainan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Permainan dalam talian yang mengandungi unsur keganasan akan disekat sekiranya tidak mengikut garis panduan klasifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Maklumat Indonesia. 

Timbalan Menteri Perlindungan Khas Kanak-Kanak, Nahar berkata, sekatan boleh dilaksanakan sekiranya kandungan permainan dalam talian itu turut mengandungi tingkah laku seksual dan perjudian. 

“Pentadbir permainan itu boleh disekat sekiranya tidak meletakkan hasil klasifikasi. 

“Mereka boleh dikenakan amaran bertulis, penggantungan sementara atau penamatan akses permainan,” katanya lapor Channel News Asia. 

Berdasarkan Peraturan Nombor 2 Klasifikasi Permainan, Kementerian Komunikasi dan Maklumat, setiap permainan dalam talian adalah berdasarkan klasifikasi umur dan jenis kandungan. 

Peraturan itu menyatakan permainan yang mengandungi keganasan, perjudian, pornografi serta dadah dan alkohol tidak boleh diakses oleh kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun. 

Menurut ahli Suruhanajaya Perlindungan Kanak-Kanak (KPAI), Kawiyan, permainan dalam talian yang mengandungi kekerasan perlu disekat berdasarkan peraturan sedia ada. 

“Kandungan itu jelas boleh disekat sekiranya mendatangkan kesan kepada tingkah laku kanak-kanak yang bermain permainan tersebut,” katanya. 

Indonesia adalah antara negara dengan bilangan tertinggi pemain online game di dunia. 

Data oleh Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif merekodkan sebanyak 174.1 juta pemain online game pada 2022. 

Di peringkat Asia Tenggara, Indonesia memiliki peratusan tertinggi pemain online game iaitu sebanyak 43 peratus. 

Republik ini juga merupakan pasaran permainan mudah alih ketiga terbesar berdasarkan muat turun di Google Play. 

Antara permainan popular di Indonesia ialah Free Fire, Call of Duty dan PUBG. 

Pakar turut menyatakan kebimbangan mengenai tahap keganasan yang dipaparkan dalam permainan tersebut apabila pemain akan menyerang antara satu sama lain dengan senjata sebelum muncul sebagai pemenang.-CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya