Hakim Danish naib juara perlumbaan 2 di Jerez

Hakim Danish naib juara perlumbaan 2 di Jerez

HAKIM Danish (kiri), Alvaro Carpe (tengah) dan Brian Uriarte bersama trofi masing-masing selepas berakhir perlumbaan 2 aksi pembukaan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Jerez, Sepanyol, semalam. - IHSAN ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mencipta kejayaan sensasi apabila muncul naib juara dalam perlumbaan 2 aksi pembukaan musim pada Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Jerez, Sepanyol, sebentar tadi.

Hakim Danish yang berusia 17 tahun itu hampir sahaja menamatkan saingan sebagai juara, namun, dia dipintas pada garisan penamat dan hanya dipisahkan setengah tayar berbanding pemenang, Alvaro Carpe dari Sepanyol yang mencatat masa terpantas 25 minit 40.711 saat (s).

Anak jati Kuala Terengganu itu mencatat masa 25: 40.717s untuk berada di kedudukan kedua hanya ketinggalan enam saat di belakang Carpe.

Tempat ketiga pula menjadi milik seorang lagi pelumba Sepanyol, Brian Uriarte yang melakar masa 25: 40.785s.

Sementara itu, dalam pelumbaan 1 yang berlangsung malam tadi, Hakim Danish sekadar melengkapkan aksinya di kedudukan kelapan dengan catatan masa 25: 63.844s.

Bagaimanapun, ekoran dikenakan penalti ‘track limits’, lakaran masa pelumba itu dipotong enam saat dan menyebabkan kedudukannya jatuh di tangga kesembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya