JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas sebuah gunung berapi di wilayah Sulawesi Utara meletus dan menghamburkan abu setinggi lebih 1 kilometer ke udara dalam bencana yang memaksa beratus-ratus penduduk berpindah, lapor akhbar The Guardian semalam. Menurut agensi vulkanologi Indonesia, Gunung Ruang meletus buat kali pertama pukul 9.45 malam (waktu tempatan) kelmarin disusuli empat letusan lain semalam. Beberapa pegawai berkata, mereka bimbang sebahagian daripada gunung berapi itu mungkin runtuh ke dalam laut dan menyebabkan tsunami seperti yang berlaku pada 1871. Pulau Tagulandang di perairan timur laut Gunung Ruang sekali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya